Sunday, January 16, 2011

Program Ta'aruf dengan kerjasama kelab kembara.

Seramai 44orang pelajar termasuk 6 pensyarah dan beberapa orang AJK yang terdiri daripada ahli kelab kembara  dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu yang telah menjayakan program ta'aruf  bertempat di Sri Pantai Resort, Melawi Bachok Kelantan baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubung silaturahim di antara pensyarah, pelajar dan sesama pelajar kerana peserta yang mengikuti program ini merangkumi pelbagai jurusan pengajian antaranya DSKU,DPG,DPL,DTMP dan lain-lain. Program ini mendapat kerjasama daripada kelab kembara, keseluruhan ahli jawatan kuasa terdiri  daripada ahli-ahli kelab kembara bagi memastikan program berjalan lancar. Modul-modul aktiviti  yang telah kami  langsungkan dalam program ini menjuruskan kepada matlamat asal program, antara modul aktiviti seperti LDK: ice breaking,ikatan kasih,mumia dan sukaneka. Program berlangsung selama 2hari satu malam, bermula petang jumaat hingga petang sabtu.










No comments:

Post a Comment