Alhamdulillah Program Door to Door Health Check-up telah berjalan dengan lancar. Program ini telah diadakan di Kampung Jelutong, Wakaf Che Yeh pada 19 Februari 2011 iaitu pada hari Sabtu.
Sunday, April 24, 2011
Monday, February 14, 2011
Door to Door Health Check-up
Assalamualaikum and dan salam sejahtera. Kelab Kembara akan mengadakan Program Door to Door Health Check-up pada 19 Februari 2011 iaitu pada Hari jumaat Sabtu ini di Kampung Jelutong, Wakaf Che Yeh. Program ini berkonsep Khidmat Masyarakat dalam bentuk pemeriksaan kesihatan. Peserta yang terlibat akan didedahkan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan kita. Peserta akan diberi tugas dan membantu penduduk kampung dalam memeriksa kesihatan mereka. Aktiviti lain yang akan diadakan juga adalah Pertandingan Mewarna dan hanya terbuka untuk budok-budok kanak-kanak penduduk Kampung Jelutong. Kepada peserta yang terlibat dalam program ini, sila berkumpul di hadapan Kolej PTPL pada hari sabtu ini. Sekian. :)
Sunday, January 16, 2011
Program Ta'aruf dengan kerjasama kelab kembara.
Seramai 44orang pelajar termasuk 6 pensyarah dan beberapa orang AJK yang terdiri daripada ahli kelab kembara dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu yang telah menjayakan program ta'aruf bertempat di Sri Pantai Resort, Melawi Bachok Kelantan baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubung silaturahim di antara pensyarah, pelajar dan sesama pelajar kerana peserta yang mengikuti program ini merangkumi pelbagai jurusan pengajian antaranya DSKU,DPG,DPL,DTMP dan lain-lain. Program ini mendapat kerjasama daripada kelab kembara, keseluruhan ahli jawatan kuasa terdiri daripada ahli-ahli kelab kembara bagi memastikan program berjalan lancar. Modul-modul aktiviti yang telah kami langsungkan dalam program ini menjuruskan kepada matlamat asal program, antara modul aktiviti seperti LDK: ice breaking,ikatan kasih,mumia dan sukaneka. Program berlangsung selama 2hari satu malam, bermula petang jumaat hingga petang sabtu.




























Saturday, January 15, 2011
(Ekspedisi Menawan Gunung Stong)
Pelajar PTPL tawan Gunung Stong
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
![]() |
KOTA BHARU 26 Okt. - Seramai 19 pelajar termasuk dua pensyarah dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu berjaya menawan puncak Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai dalam ekspedisi mendaki gunung setinggi 1,433 meter baru-baru ini.
Ekspedisi selama tiga hari menawan gunung yang terletak di selatan negeri ini dianjurkan pelajar yang menganggotai Kelab Kembara PTPL dan mendapat kerjasama Bahagian Akademik kolej tersebut.
Para peserta yang terdiri daripada lima perempuan dan 14 lelaki sampai ke puncak dalam masa enam jam setelah memulakan pendakian dari Resort Taman Negeri Gunung Stong pada pagi hari kedua ekspedisi.
Presiden Kelab Kembara, Mohd. Ikram Hafiez Ishak, 21, berkata, pada malam sebelum pendakian, mereka menginap di resort di kawasan berhampiran terlebih dahulu setelah melalui perjalanan jauh lebih 150 kilometer dari Kota Bharu ke Dabong.
"Kami bertolak pada petang 14 Oktober dengan kereta api dari Stesen Kereta Api Wakaf Bharu untuk sampai ke Dabong dan kemudiannya menaiki van untuk sampai ke kaki Gunung Stong menjelang malam.
"Keesokannya kami mula mendaki pada pukul 8.30 pagi dengan bantuan pemandu arah pegawai resort dan lebih kurang dua jam selamat tiba di Kem Baha yang merupakan transit sebelum ke puncak.
"Perjalanan diteruskan setelah mendirikan khemah dan berehat sebentar dan pada pukul 3 petang kami akhirnya berjaya menawan Gunung Stong," katanya kepada Utusan Malaysia, kelmarin.
Mohd. Ikram berkata, peserta berada di puncak selama setengah jam untuk menikmati keindahan panorama alam dari atas gunung sebelum turun semula ke Kem Baha dan bermalam di khemah yang telah didirikan.
Jelasnya, mereka juga tidak melepaskan peluang berkelah dan mandi di kawasan air terjun yang terkenal di kalangan pendaki.
Katanya, dengan kejayaan menawan gunung itu, pihaknya kini merancang untuk mendaki Gunung Tahan pula pada tahun hadapan.
"Ekspedisi ini benar-benar menguji minda dan stamina kami yang rata-rata terdiri daripada pelajar jurusan makmal perubatan.
"Sebelum ini 'kembara' yang kami lakukan hanyalah di sekitar tapak industri dan lawatan sambil belajar yang rutin, kali ini, kami merasai sendiri bagaimana penatnya menerokai alam semula jadi tetapi puas hati.
"Di samping memupuk kecintaan kepada aktiviti lasak yang sihat, ia juga merapatkan lagi hubungan antara kami termasuk dengan pensyarah yang menjadi pengiring," katanya.
(BBQ d iGelora Beach)
Setelah setengah hari kami berada di jabatan penerbangan, lebih kurang jam 1.00p.m kami bertolak ke Gelora Beach untuk menikmati BBQ.selain itu kami melakukan beberapa aktiviti antaranya membuat layang2 kertas....
Thursday, January 13, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
















